Tuesday, January 18, 2011

InSaF....


         Ibu dan ayah..Suatu anugerah..Tapi jarang sekali kita syukuri. Nasihat mereka hanya bebelan pada mata kita. Namun saat perginya, pasti tidak akan kembali lagi. Saat itu barulah segalanya ingin dikesali. Apa gunanya lagi?..Sayangilah mereka..Tanpa mereka, kita tidak mungkin  wujud di dunia ini. Seringkali ketakutan membungkam jiwa tatkala membayangkan kepulangan mereka yang dinanti, tapi tidak kunjung tiba. Namun dalam kecemasan itu, suatu berita yang mendebarkan sebagai pengganti kepulangan mereka. Nau'zubillah..

      Ya Allah, hambaMu ini tidak sanggup kehilangan mereka berdua yang telah membesarkan aku dan telah menjadikan diri aku yang sekarang ini. Panjangkanlah umur mereka berdua ya Allah. Berikanlah kesihatan kepada tubuh tua itu ya Allah. Kulit yang sudah bergaris kedutannya. Uban yang sedia memutih. Ya Allah..kau murahkanlah rezeki dan lapangkanlah hati mereka..Amin..amin ya robbala'lamin...

         Selagi hayat dikandung badan, bagi yang masih belajar, gembirakanlah hati mereka dengan kejayaan yang cemerlang. Biar hilang penat lelah mereka menyara persekolahan anak-anak dengan kejayaan yang membanggakan tersebut. Bagi yang sudah bekerjaya, apa salah dihulurkan wang ringgit itu sekadar termampu. Sebagai tanda terima kasih terhadap pengorbanan mereka selama ini. Namun, jangan dilupa untuk memberi sebuah kasih sayang dan perhatian kepada mereka yang sentiasa mendambakan perhatian dari anak-anak.
"Redho Allah itu terletak pada redho kedua ibu bapa."

Sunday, January 9, 2011

LauNGaN AzAN..


Laungan azan dari Muhammad Syakib Afif bin Ahmad Zuki (Bang Teh). Peserta yang berusia 8 tahun. Keberanian yang mampu ditonjolkan. Alhamdulillah..Mudah-mudahan ini merupakan satu langkah mulia untuk jejak yang seterusnya. Didoakan si kecil ini mampu menjadi seorang muazzin yang hebat suatu hari nanti. Insya-Allah. 
Makndak rindukan laungan azan dari Bang Teh..
Biarkan gemersikan suaramu itu mampu menarik lebih ramai jemaah muda untuk menunaikan solat secara berjemaah..Mudah-mudahan dirimu di bawah redhaNya Yang Maha Penyayang. 

DekLAmASi SyAiR..



Terima kasih buat Syirin Farhana binti Ahmad Zuki (Kak Chik) kerana sudi mendeklamasikan syair 'Kalam Mukjizat'.

Al-Quranul Karim..
Kitab mulia..
Jibril turunkan..
Kepada Nabi Muhammad..
Sebagai petunjuk dan pengajaran..

Di Gua Hira' turun al-Quran..
Surah al-A'laq..
Mula turunnya..

Sungguh indah...
Isi al-Quran..
Cahaya menerangi di segenap alam..
Itulah ia..
Kalam mukjizat..
                                                                                (Kaki Bukit, 10.30 pagi)
                                                                                                 25 Disember 2010

Friday, December 31, 2010

BaCaaN Si KeCiL...



Alhamdulillah..Tahniah & syabas. Hafazan ayat-ayat suci al-Quran dari si kecil Izzatul Aliyah binti Soleh yang berusia 4 tahun. Antara peserta muda dalam program Kelas Hafazan al-Quran & Praktikal Solat (MANTAP' 2010). Permulaan usaha yang murni bagi si kecil. Namun, perlu ada usaha seterusnya untuk  lebih memperelokkan hafazan al-Quran. Sayangnya problem untuk upload video.DUGAAN..

Sabda Nabi Muhammad s.a.w:

“Setiap bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah, ibu bapanyalah yang menentukan ia menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi…”

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Kegiatan anak pada masa kecilnya akan menambahkan akalnya pada waktu dia besar.” (Riwayat Tirmizi)

Dalam sebuah hadis lain pula yang turut diriwayatkan oleh Tirmizi, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

 “Tiada suatu pemberian yang diberikan seorang ayah kepada anaknya lebih utama daripada mengajarnya adab yang mulia.”

Rasulullah s.a.w sendiri menyayangi kanak-kanak sebagaimana baginda lakukan terhadap cucu-cucu baginda, dan pernah bersabda yang bermaksud:

“Hendaklah kamu pastikan anak-anakmu belajar agama dan hendaklah kamu baguskan akhlaknya.” 

Thursday, December 30, 2010

SelOkA sPonTaN..


Kelas hafazan al-Quran makin diminati,
Ditambah lagi praktikal solat,
Azan,iqamat dan cara berwuduk turut diajar,
Terima kasih Ustazah Basiroh.

Rumah jauh di tengah bendang,
Suka benar membantu orang,
Tidak kuat kalau Ustazah Basiroh seorang,
Kalau tiada Syazana yang membantu.

Orangnya kecil tersenyum manis,
Tinggi lampai cantik bergaya,
Itulah dia Syirin Farhana.

Al-quran dihafaz lancar di mulut,
Petah berkata-kata menang selalu,
Orangnya kecil tak cukup inci,
Siapa lagi kalau bukan Izzatul Aliyah.


Berbaju melayu, berkopiah putih,
Datang mangaji mencari ilmu,
Orangnya selalu tersenyum-senyum,
Itulah dia Syariman.

Nampak macam sama usia,
Dua-dua nak jadi ustaz,
Rajin sungguh mengaji al-Quran,
Itulah mereka Syarifuddien dan Aqil Aiman.

Bila bercakap petah sekali,
Ada-ada saja idea  yang baru,
Rumahnya pula di depan surau,
Siapalah lagi kalau bukan Luqman.

Basikal hijau peneman diri,
Datang mengaji seorang diri,
Orangnya benar yakin diri,
Itulah dia Hafiz Abdul Razak.
Orangnya bersemangat kedah,
Rumah bercat hijau dan kuning,
Belajar al-Quran bersungguh-sungguh,
Itulah dia Siti Khairunnisa anak pak At.
       
Hidung  mancung putih terserlah,
Sekali pandang memikat jiwa,
Kuat suaranya menghafal al-Quran,
Tak lain tak bukan dialah Ashraffuddien.

Laungan azan menusuk kalbu,
Al-Quran dibaca setiap hari,
Tak padan dengan kecil,dah pandai bergaya,
Itulah Syakib Afif empunya diri.

Datang mengaji membawa al-Quran,
Al-Quran dibaca tersemat dihati,
Suaranya merdu bak burung kenari,
Itulah dia Nurul Aini Nadhirah, MC kami.


Dua beradik berjalan kaki,
Datang jauh untuk mengaji,
Itulah dia si kecil Nur Sakinah dan kakaknya Nurul Anis.

Orangnya pemalu sifat tersendiri,
Sekali tersenyum terus terpesona,
Anak tunggal empunya diri,
Siapa lagi kalau bukan Balqissnasuha.

Berbudi bahasa, bersopan santun,
Sama tinggi, sama umur,
Belajar al-Quran bersemangat sekali,
Mereka berdua pastinya Nur Shafieza dan Nur Amira.

MANTAP' 2010


Alhamdulillah. Berakhir sudah program Kelas Hafazan al-Quran & Praktikal Solat (MANTAP' 2010) dengan jayanya. Program yang bermula 11 Disember 2010 hingga 29 Disember 2010 dikemuncakkan dengan majlis penyampaian sijil dan cenderamata oleh Tuan Hj. Majid bin Hj. Abu selaku MKK Kg Acheh dan Tuan Hj. Abdul Manas bin Hussain selaku Setiausaha MKK Kg Acheh. Motif utama program ini ialah untuk mendedahkan anak-anak kecil ini dengan program kerohanian disertai 16 peserta.
Ucapan TAHNIAH dan SYABAS  kepada semua peserta yang berjaya. Diharap peserta mempraktikkan dan beramal setiap ilmu yang diperolehi. "Ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah". Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini secara langsung atau tidak langsung.

Wednesday, December 1, 2010

.:: Bangun malam VS kencing malam::.

"Adui..nak terkencing pulak malam-malam ni.." Lantas tanpa berfikir panjang langkah terus diatur  ke bilik air. Menunaikan hajat yang sangat mendesak. Lalu kembali ke kamar menyambung mimpi yang tidak berkesudahan. Namun berapa ramai antara kita yang sanggup bangun malam semata-mata untuk menghadirkan rasa pengabdian diri kepada Allah? Sedangkan bangun malam atau qiamullail itu banyak kelebihannya yang dijanjikan Allah.Mengapa tidak diambil peluang ini untuk bermohon kepada Allah? Atau kita sudah cukup selesa dengan kehidupan sekarang sehingga lupa ia sebenarnya adalah anugerah Allah yang patut disyukuri?

Di saat si anak sakit atau  di saat anak mahu menduduki peperiksaan, si ayah dan ibu sanggup bangun malam, bersengkang mata mendoakan kesihatan dan kejayaan untuk anaknya, memohon anaknya itu dipermudahkan segalanya. Tapi bila si anak sudah berjaya , tidak lagi dihiraukan si ayah dan ibu yang sudah beruban, berkedut dan kesihatan yang selalu mengganggu.Bukankah si anak wajib mendoakan kedua ibu bapa yang telah membesarkan mereka dengan susah payah? Mari kita lihat apakah kelebihan bangun malam..



Apakah kelebihan-kelebihan itu?
  • Solat Paling Afdhal Setelah Solat Fardhu
“Solat yang paling afdhal setelah solat wajib adalah qiyamullail (tahajjud).” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
  • Waktu Mustajabnya Doa
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam: “Sesungguhnya dari sebahagian malam itu ada satu waktu yang tidak menyamai kebaikannya bagi seorang muslim untuk memohonkan sesuatu yang baik kepada Allah Ta’ala, melainkan Allah pasti akan mengabulkannya. Demikian itu ada pada setiap malam.” (HR Muslim)
  • Lebih Baik Dari Dunia dan Seisinya
Dua raka’at yang dilakukan oleh seorang hamba di tengah malam itu adalah lebih baik baginya daripada dunia ini serta seluruh isinya. (HR Adam bin Abu Iyas)
  • Meningkatkan Darjat Di sisi Allah
“Dan pada sebahagian malam hari, sembahyang tahajudlah kamu sebagai satu ibadat tambahan bagimu. Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat terpuji.” – (Surah al-Isra, ayat 79).
Dari Abu Hurairah r.a., sabda Rasulullah lagi bermaksud: “Allah mengasihi seorang lelaki yang bangun tengah malam lalu dia mengerjakan sembahyang dan membangunkan isterinya untuk turut sama bersembahyang.
Kalau isterinya enggan, beliau akan memercikkan air ke mukanya. Dan Allah mengasihi seorang wanita yang bangun tengah malam untuk mengerjakan sembahyang lalu dia membangunkan suaminya untuk turut yang sama. Kalau suaminya enggan, beliau akan memercikkan air ke mukanya.” (HR Abu Daud dengan isnad yang sahih)
  • Ibadah Ahli Syurga
Firman Allah lagi dalam surah as Sajdah, ayat ke-16 dan 17 bermaksud: “Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya dan mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan harap, bahkan mereka menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka.”
Orang-orang yang bertaqwa itu sedikit sekali tidurnya di waktu malam. Di waktu menjelang fajar pagi, mereka itu berdoa memohonkan pengampunan dan dari sebahagian hartanya dijadikan hak yang diberikan pada yang meminta dan yang kekurangan.” [Surah Az-Dzaariyaat: 17-19]
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam: “Hendaklah kamu semua menetapi solat malam, sebab yang demikian itu adalah perilaku orang-orang yang soleh sebelum kamu.” (HR Tirmidzi)
Dari Abdullah bin Salam r.a bahawasanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Hai sekalian manusia, ratakanlah salam, berikanlah makanan, bersolatlah di waktu malam sedang para manusia sedang tidur, maka engkau semua akan dapat memasuki syurga dengan selamat.” (HR Tirmidzi).
  • Keteladanan Salafussoleh
Ibnul Qayyim Al-Jauzy melakukan solat malam, dilanjutkan dengan solat Subuh dan kemudian dilanjutkan dengan solat dhuha, setelah itu barulah beliau beranjak melakukan aktiviti-aktiviti yang lain. Lalu beliau berkata,”jika hal ini tidak aku lakukan maka sungguh sangat berat.”
Dalam riwayat Ibnu Ishaq dan Ahmad dari Jabir bin Abdullah r.a. ia menceritakan; “Kami berangkat bersama Rasulullah SAW pada perang Dzatur Riqaa’. Pada kesempatan itu tertawanlah seorang wanita musyrikin. Setelah Rasulullah SAW berangkat pulang, suami wanita itu yang sebelumnya tidak ada di rumah baru saja datang. Kemudian lelaki itu bersumpah tidak akan berhenti mencari sebelum dapat mengalirkan darah para sahabat Muhammad SAW. Lalu lelaki itu keluar mengikuti jejak perjalanan Rasulullah SAW. Pada sebuah lorong di suatu lembah Rasulullah SAW bersama para sahabat berhenti. Kemudian beliau bersabda, “Siapakah di antara kalian yang bersedia menjaga kita malam ini?” Jabir berkata, “Maka majulah seorang dari Muhajirin dan seorang lagi dari Anshar lalu keduanya menjawab, ‘Kami siap untuk berjaga ya Rasulullah’. Nabi Muhammad SAW berpesan: “Jagalah kami di mulut lorong ini.” Jabir menceritakan waktu itu, Rasulullah bersama para sahabat berhenti di lorong suatu lembah.
Ketika kedua orang sahabat itu ke ke mulut lorong, sahabat Anshar berkata pada sahabat Muhajirin, ‘Pukul berapa engkau inginkan aku berjaga, apakah permulaan malam ataukah akhir malam?’ Sahabat Muhajirin menjawab; ‘Jagalah kami di awal malam’, kemudian sahabat Muhajirin itu berbaring tidur. Sedangkan sahabat Anshar melakukan solat. Jabir berkata, datanglah lelaki musyrikin itu dan ketika mengenali sahabat Anshar, musyrikin itu mengetahui bahwa sahabat itu sedang hirasah. Kemudian orang itu memanahnya tepat mengenai diri Ansar tersebut, lalu sahabat Ansar itu mencabutnya kemudian berdiri tegak melanjutkan solatnya. Kemudian orang musyrikin itu memanahnya lagi dan tepat mengenainya lagi, lalu sahabat itu mencabut kembali anak panah itukemudian berdiri tegak melanjutkan solatnya. Kemudian untuk ketiga kalinya orang itu memanah kembali sahabat Anshar tersebut dan tepat mengenai dirinya. Lalu dicabut pula anak panah itu kemudian ia rukuk dan sujud. Setelah itu ia membangunkan sahabat Muhajirin seraya berkata, ‘Duduklah kerana aku telah dilukai.’ Jabir berkata, Kemudian sahabat Muhajirin itu melompat mencari orang yang melukai sahabat Anshar itu. Ketika orang musyrikin itu melihat keduanya ia sedar bahawa dirinya telah diketahui maka ia pun melarikan diri. Ketika sahabat Muhajirin mengetahui darah yang melumuri sahabat Anshar, ia berkata, ‘Subhanallah kenapa engkau tidak membangunkan aku dari tadi?’ Sahabat Anshar menjawab, ‘Aku sedang membaca surah dan aku tidak ingin memutusnya. Namun, setelah orang itu berkali-kali memanahku barulah aku ruku’ dan memberitahukan dirimu. Demi Allah SWT kalau bukan kerana takut mengabaikan tugas penjagaan yang diperintahkan Rasulullah SAW kepadaku niscaya nafasku akan berhenti sebelum aku membatalkan solat.’

Bagaimana mudah untuk bangun solat malam?

Petua dari Imam Al-Ghazali:

1. Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika kita makan malam yang banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur, sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.

2. Jangan tinggalkan tidur qailulah di siang hari.

3. Mengetahui dan menginsafi benar-benar keutamaan solat malam dengan mentadabburi selalu ayat-ayat Qur’an dan hadis-hadis serta kisah-kisah salafussoleh berkenaan dengan bangun malam.

4. Meningkatkan rasa cinta kepada Allah, rasa cinta yang sebenar-benarnya. Istiqamah dalam beribadah di waktu malam itu merupakan anugerah yang Allah berikan kepada kekasih-kekasih-Nya. Bersihkanlah diri dan hati daripada unsur-unsur syirik baik yang nyata atau yang tersembunyi, dan peliharalah ibadah sebelumnya, sesungguhnya seseorang yang berat beban dosanya dari amalan yang dilakukan sebelum tidurnya itu pasti memberatkannya untuk bangkit berkhalwah dengan Allah yang Maha Suci di malam hari.
Wallahu’alam-

Menggamit Nostalgia...