Melestarikan sebuah kehidupan. Dugaan dan cabaran suatu kebiasaan.Namun kita tetap sebuah keluarga besar yang bahagia. Kerana Allah menganugerahkannya.
Tuesday, November 30, 2010
hemmm....ngantuknya..
hemm...ngantuknya..12.42 a.m ..mata ni mula terasa makin berat..laptop yang meragam sedari tadi lagi benar-benar membuatkan mata ini keletihan. Slide show yang aku mahu post dalam blog ni mengambil masa berjam-jam. Sabor je la..Laptop oh laptop..Biarpun begitu,apa yang aku targetkan untuk blog malam ni dah tercapai..hehe..alhamdulillah..Nantikan hasil karyaku..
Monday, November 29, 2010
mak...pak...
Inilah wajah tua yang ketika muda dulu bekerja keras demi sesuap nasi anak-anaknya. Tidak dihirau hari pagi, petang atau malam yang kian merangkak, yang jelas apa saja kerja halal yang memungkinkan upah diberi, itu yang dikerjakan. Demi melihat anak-anak itu beroleh pendidikan dan kesenangan hidup. Keselesaan. Tidak mahu seperti mereka dulu yang tinggal hanya beratapkan daun nipah. Berlampukan pelita hidup. Hanya pucuk kayu dan ulam-ulaman menjadi santapan harian. Bukit yang berbukau itu diredahi. Parang dan kapak menjadi teman biarpun tangan mak masih berinai .Pak yang usianya semuda 19 tahun itu sudah mula bercita-cita untuk membina sebuah keluarga yang benar-benar selesa. Hutan bukit yang tebal itu dibersihkan bukan dengan jentera seperti sekarang, tetapi dengan kedua kudrat tangan anugerah Allah.
Tangan yang dulu lembut dipegang, kini menjadi keras kasar. Padi huma ditanam, jagung ditanam, getah ditanam, pisang ditanam.Semuanya demi anak-anak kecil yang masih digendong. Saat anak mula membesar, macam-macam benda yang mahu direngek. Nak ini. Nak itu. Lantas si ayah terus merembeskan keringat. Mengambil upah kerja sebagai tukang rumah, kedai dan bangunan-bangunan tinggi. Betapa si ayah mahu menunaikan permintaan setiap anak-anaknya. Walaupun seringkali si anak melukakan hatinya. Walaupun kerapkali si anak melontarkan kata-kata kasar.Tidak lagi mempedulikan hati tua yang cepat terguris. Hati tua yang cepat terasa. Hati mereka berdua yang dulunya tidak pernah kenal erti penat lelah dalam membesarkan anak-anak. Sakit anak-anak, ubat dicarinya. Permintaan anak-anak sentiasa dipenuhinya. Nasihat yang diberi mereka, tapi dibalas dengan kata-kata yang kembali mengguris hati tua. Tatkala si anak sudah berumahtangga, adakah mereka sudah meninggalkan kedua ibu bapanya? Benarkan si ibu,benarkan si ayah tidak layak lagi memberi nasihat? Dikata mencampuri urusan keluarga mereka. Hati ibu mana yang tidak terluka. Hati ayah mana yang tidak terguris.
Saturday, November 27, 2010
Wajah itu marah geram..
Wajah itu menangis kekecewaan..
Wajah itu tersenyum bangga..
Bibir itu menguntum senyum..
Bibir itu mengomel sendirian..
Bibir itu mula meleteri..
Bibir itu sarat dengan nasihat..
Tubuh itu bermandi peluh..
Tubuh itu ke sana ke sini..
Membanting tulang..
Mencari kehalalan sebuah rezeki..
Yang meminta kekuatan seluruh tenaga..
Demi membesarkan anak yang dilahirkan..
Tanpa diminta balas..
Sekadar sekeping doa..
Dialah Ibu..
Dialah Bapa..
Subscribe to:
Comments (Atom)

